13 February 2018

Ubati Hati

Belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan dan bersangka baik. Insyaallah! Hati kita akan bertambah lapang dan tenang. Amin...

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci. Amin...

Sekiranya kita hanya melihat keburukan. Percayalah ia merupakan cerminan untuk diri kita..! Kerana dari hati yang gelap akan lahirnya pekara buruk. Dari hati yang bersih akan lahir pekara yang baik.

20 November 2017

Terasing..,

Dunia semakin runtuh
Mencari perlindungan dibawah langit
Terus berharap dan berdoa
Tiada siapa yang dapat menyelamatkan
Ratapan kini tidak berjawab
Kebencian membusuk kian bernanah

Dunia semakin runtuh
Tiada lagi pedoman tradisi
Tiada dalam daging dan darah
Jalani kehidupan dalam ketakutan
Jalani hidup dalam bayang-bayang
Bagaimana cara membuka mata

Setiap perkataan hanya satu pembaziran
Hanya jatuh pada telinga yang pekak
Tangisan berlalu tiada jawapan

Bebaskan fikiran
Hilangkan keraguan
percaya pada diri
Malam yang gelap diteragi rembulan
Siang yang terik di teduhi awan
Mudahan..,

22 February 2017

Buta perut

Salam.., hai apa kabo korang. Aku pulak macam ni la, kemalasan yang makin membuak²., hahaha., 

Pernah tak korang rasa serabut ngan orang² sekeliling korang., tak kisah la kat tempt kerja ker., classroom ker or ngan sapa² jer la.

Kadang² tu kita jer yg kena paham dan tahu susah orang., tapi takda sapa pun nk paham dan amik tau susah kita., pernah tak bnda macam ni jadi kat korang., Kalau tak pernah tu maknanya korang memang bapak tasawuf la kn., huhu

19 December 2016

Melayu...,

Bekerja malas, memimpin culas;
Bersusah malu, berpahit tak mau;
Berbual menjual, menolong sombong;
Berjalan melendan, berdiri mengeji;
Berjanji ingkar, bersumpah mungkar;
Duduk mengutuk, tegak membengak;
Berbudi mencaci, bersedekah mencerca..,

salin & tampal dari FB... ;P

13 October 2016

Saja nak kongsi

Salam., hai apa khabar korang, harap² sihat la yer. Aku ada benda nak kongsi ni, jangan risau aku bukan nak syer dosa dengan korang, tapi kalau korang mengata aku korang la yang berdosa. kekeke

Baru² ni wife aku ada buat posting kat facebook, yang menjawab beberapa simple question tentang aku. So kat bawah ni ada aku kongsikn posting tu. Korang layan jer la jaga hati aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site