31 December 2014

Akhirulkalam.., 2014


Assalamualaikum., err sebnarnya aku nk tulis pasal banjir kt pantai timur, tp tu la aku tak tau nk tulis apa. Hope sahabat kita yg terlibat ngan banjir taun nih kuatkan semangat.

15 December 2014

life is about making choices


Bak kata orang kampung aku, "life is about making choices". So aper yg kita dpat skang adlah hasil dari masa lalu kita. err paham kan., ari ni aku nk sharing one story ngan korang yg ader kaitannya ngan ayat yg kat ats tu., so korang layan jerla yer.,

Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri, mereka menyara kehidupan dengan bertani dan menternak. Pada suatu hari si isteri mengadu pada si suami akan masalah tikus dirumah mereka. Ringkas kata mereka pun mula meletakan perangkap untuk menghalang dan menangkap tikus.

24 November 2014

Oh My English ii


Beginilah akibatnya bila istilah² Komputer di melayukan. 

Istilah 
Hardware: barang keras / Software: barang lembut / Joystick: batang bahagia / Plug and Play: cucuk dan main / Port: lubang / Server: pelayan / Client: pelanggan 

Contoh ayat : "That server gives a plug & play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client." 

10 November 2014

Zip punye cerita

Hai korang., siapa pakai pakaian yg ader zip skang angkat jari telunjuk tinggi²., pas tu sebut SATUUUU.., SATUUUU.., hahaha., dah jgn buat hal nnti orng kmpung aku marah ooooo., kekeke

OK²., pernah tak korang tersepit kat zip., memang sadiss kan klu kena, biasanya orang lelaki jer yg mudah kena kot., sbabnya hmmm entah lah, dah lupakan jer semua itu kekeke., camni la., kat zip korang ada tulis apa ye., ada tak tulis YKK., memula aku tak amik tau pun apa bande YKK tu., tp bleh kata semua zip aku ada tulis tu., so apa lg aku pun mula la tpikir maksud nya.

30 October 2014

Pesan Nenek Moyang


Jika kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya agar tidak menyakitkan mindamu....

Jika kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu.... 

Jika kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi rasa kebencian itu.... 

Jika kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuas-puas hatimu.... 

14 October 2014

Pesanan untuk diri


                                                                foto dari google
Aku adalah rumah yg asing bagi kamu
Dan aku adalah rumah daripada tanah
Aku juga adalah rumah yg sngat sedih dan sunyi
Aku merupakan tempat sarangnya cacing dan ulat²

02 October 2014

Sembelih korban nya


Nak ckap baik² tp bnda yg jadi tak brapa nk baik, nk cakap buruk² benda da jadi pun., tepuk dada tanya selera, pikir baik dapat baik, penilaian buruk dpat pun buruk la kan.

Hmmm.., abaikan klu korang tak suka dan klu korang rasa tkder kena-mengena ngan korang terserah la. Duit korang agung purple, aku punya paling² sedap pun agung kaler merah jer.,

08 September 2014

Buka baju ku


Di satu kawasan pendalaman di Texas, sorang penternak yg mempunyai ladang ternak yg luas & berjaya tlh meninggal dunia dgn meninggalkn sorang balu yg masih muda & cantik bernama Janet. Janet membuat keputusan utk meneruskan kerjaya suaminya dgn mengambil alih ladang ternakan tersebut, ttapi dia tidak mempunyai kemahiran yg cukup utk mengendalikn ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan utk mengiklankan di dlm akhbar utk mencari sorang pembantu yg akan mengerjakan ladang ternaknya dgn menawarkan gaji & sebuah bilik di rumahnya sbg tempat kediaman. 

25 August 2014

Boneka Merdeka


Dunia semakin maju tapi bagaimana dengan kita, adakah kita bergerak bersama-sama kemajuan dunia atau jiwa kita semakin layu ditengah-tengah kerancakan arus dunia. Layu kerana mengejar duniawi, nama dan kuasa menjadi kegilaan, dengki khianat dan fitnah menjadi makanan sama sendiri.

Apa maksudnya kemajuan, dimanakah keadilan yg dilaungkan jika merdeka hanya pada zahir tapi tidak pada batinnya. Hidup ibarat boneka yg diperagakan sebagai pemuas keinginan dunia.

Mengasing diri tidak menyelesaikan kemelut. Perlakuan sederhana dengan semangat kebenaran dalam menghitung kekalutan dan kepalsuan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...

11 August 2014

Itulah namanya...


Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat bekerja, 
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah.

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; kamu mengada-ada,
Jika kamu berumah mewah, aku kata; itu duit rasuah.

04 August 2014

Selamat pagi


Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang & malam awak doakan saya xselamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! xpernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang & penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa & keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama², duduk! Dengar sini baik². Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang p'kataan b'lawan. Bila cikgu sebutkan p'kataannya, kamu semua mesti jawab dgn cepat, lawan bagi p'kataan² itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!

07 July 2014

Bola ke tido


Pe citer korang puasa ok kan., errr aku mcm nk KO jer., tp still selamat lg hehe. Mlm td ader game bola ker negara mane yg lawan eik., aku xtengok bola pun xminat lansung tp sajer je nk menyebuk, tido lg syok.

Korang yg kaki bola tu tau tak knp masa p'lawanan bolasepak untuk separuh masa 45 minit dn bukannya 30minit ataupun 1 jam. Sape tau tekan butang shut down laju².

25 June 2014

Nafsu Serakah


Assalamualaikum.., ape citer korang Ramadhan da dekat nih da ready ke, jgn tengah sbuk bergaduk laki bini sbb nk balek raya kmpung saper dah la yer., waaakakaaka., xbaik gaduh² masuk bilik setle baik² kekeke. Ramadhan ni pakat² la kita jaga diri zahir dan batin, jgn nnti buat penat jer puasa ape pun xder., huhu

11 June 2014

Patun burung perepat


Aku percaya korang pun pernah dengarkan pantun burung perepat ni, err korng kan lg hebat dari aku., pantun ni kita leh dengar dlm rncangan Cinta Ilmu slot Akidah dan Falsafah oleh ustaz badli shah kat tv al-hijrah (aku bkn nk promot tv al-hijrah la., dorng xbyar pe2 pun kt aku, sajer jer nk bgatu korng xrugi pun klu lyan rncangan2 cm nih)., ader bnyak lg pntunnya tp nih jer yg aku smpat amik.., jom layan dan insafkn diri.,

13 May 2014

untitle #3


jangan ibaratkan ISTERI umpama papan skate bord,
sebelum main di sapu dan digilap,
bila bermain dihenyak dan dipijak²

jangan ibaratkan ISTERI umpama bola sepak,
sebelum dapat diburu dan dikejar,
bila dapat disepak dan ditendang sekuat hati

jangan ibaratkan ISTERI umpama bulu tangkis,
sebelum main diusap dan dibelai,
bila bermain di pukul dan di backhand semahu²

ibaratkan lah ISTERI umpama bola ragbi,
sebelum dapat dikejar dan diburu,
bila dapat dipeluk dan jaga walaupun diri sendiri dirempuh dan dihenyak..


sumber : al-hafiz datuk doktor profesor madia shaikh al-muka buku ibnu al-hafiz shaikh al-google wa-youtube al-suka suka search

05 May 2014

Hudud dan taubat

Aku ader story nk kongsi ngn korang ni, ni kisah berkaitan hudud dan taubat., ha buat pe tu jngn ngade² nk close eiy baca je smpai abis klu xnk kene hamun ngan aku waakakakakaka.

Ni bukan sebarang kisah weyh, hadis nabi ni erm.., riwayat Imam Muslim. status hadis ni aku tak sempat nk cek pun lg, klu korang rajin cek la sahih ke tak., hehe pas tu bgtau aku., So klu korang nk amik pengajaran trus la membaca, dan klu kompom korang ahli syurga terserah la..,

17 April 2014

Jelingan Ayah


Aku tak tau nk post apa kali ni so korang layan jer la story yg ader ni yer. Kisah ini adalah rekaan semata² dan tidak ada kena-mngena dengan yg masih idup atau pun yg telah mati, juga tidak bertujuan untuk mengaibkan mana² pihak, sekadar hiburan dikala ketanduasan idea., hahaha

Pak Mat suka mmberi amaran kpd anaknya Ali dgn mnjeling garang jika Ali mmbuat sesuatu yg tidak disukainya. Sebagai contoh, jika ke kedai, klu Ali mngambil gula², dia akan mnjeling pd Ali sebagai isyarat menyuruh Ali meletak kembali gula² itu ke tempatnya semula. 

Suatu hari, Ali mengikut Pak Mat ke surau utk solat asar. Oleh kerana pada hari itu hujan lebat jadi tidak ramailah jemaah yg dtang. Apabila masuk rakaat kedua, Ali melihat kain pelikat Tok Imam trsepit di celah punggung. Ali yang kononnya ingin mmbantu, terus menarik kain yg tersepit itu. Pak Mat yg sedang solat terus mmberi jelingannya pd Ali. Ali yg sudah biasa dengan jelingan itu terus memasukkan semula kain pelikat Tok Imam itu semula ke celah punggung Tok Imam tadi. Apalagi, melatah lah Tok Imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka krn turut trkejut dgn kejadian itu. Pak Mat yg bermuka merah padam menahan malu dn marah mengheret Ali balik ke rumah. Malam tu, brbirat punggung Ali dirotan Pak Mat. 

psstt : Jangan memandai nak betulkan kain yg tersepit kat celah punggung Tok Imam okey..

03 April 2014

24 March 2014

Episode 2/2


sambungan dari episode 1/2

....Klu korng tanya aku bila kiamat akan berlaku, ofcourse la aku tau, confirm la hari jumaat. Jumaat bila korng jgn tanya aku klu xnk kene karate, mcm ni jer la kita tak payah pikir pasal kiamat dunia la, kita pikir kiamat diri kita sendiri je senang, apa benda kiamat diri tu, ermm sume orng ader tarikh lahir kan so mesti ader lawanya tarikh mati, mati tu la kiamat untuk diri kita sndiri, da sedia ke nk hadapi kematian, korang paham ke tak paham ni jgn anguk² jer. Bukan mengata, mmang nk kata. hehe...,

18 March 2014

Episode 1/2


Fenomena alam sekarang ni dah tak menentu, perubahan atmosfera dan geografi bumi telah mnyebabkan berbagai bencana alam (perrgghh dah macam ahli geografi la plak, huhu aper korang ingat aku koman sangt ke). Banjir, kemarau, tnah runtuh, gempa bumi, jerebu, sejuk dan panas yg tak menentu serta melampau. Ape tnda tu., pikir la sendiri.

12 March 2014

Masalah Gadget Bloglist


Semoga semua kru dan penumpang MH370 berjaya ditemui., bila dan dimana semuanya sudah ditentukan., mari lah kita sama² berdoa agar segalanya dipermudahkn.., bukan tu jer jgn lupa untuk doa kan kesejahteraan dan kemenangan islam diseluruh dunia, juga buat mujahid² dan saudara kita di syiria, plastin, iraq dan sebagainya diseluruh dunia.., amin..,

Ok balik kpd tajuk.., blog aku skang ader maslah gadget side bar kt tepi tu., bahagian bloglist (errr bawah skali)., knp ye aku xleh nk tambah blog dlm list tu., bukan tu jer klu korng perasan title nya pun da hilang, patutnya ader tajuk bloglist kt atas tu, tp tu pun zamzam alakazam.,

05 March 2014

luka' ibnu luka'


bawa kendi pergi berjagal
jual bersama labu dan guri
akal budi pemimpin bebal
hancur binasa anak negeri

apa tanda pemimpin bebal
sampai tua tak menyorong akal
apa tanda pemimpin bebal
tak tahu beza nangka dan temabal

tumbuk sambal campur temabal
lauk dimasak dalam belanga
pemimpin bebal jangan ditabal
kelak rosak budaya bangsa

tanda pemimpin dungu dan bebal
dada kosong akal sejengkal
cakap tidak berhujung pangkal
memimpin bagai kehilanagn akal
diberi nasihat telingnya tebal
rakyat sengsara negeri tertinggal
dijadikan pemimpin pasti menyesal

pssstttt : erm pemimpin kita sekarang macamana yer., huhu

10 February 2014

Q&A

Soalan.
  1. Bagaimanakah cara menjatuhkan telur keatas lantai konkrit tanpa memecahkannya?
  2. Jika 10 orang mengambil masa 15 jam 30 minit untuk membina sebuah tembok, berapa jam kah akan diambil oleh 5 orang untuk membina tembok yang sama?
  3. Jika kamu mempunyai 2 biji epal dan 3 biji oren ditangan kanan, kemudian 3 biji epal dan 4 biji oren ditangan kiri, berapakah jumlah yang kamu perolehi?
  4. Bagaimana seorang lelaki boleh bertahan selama 8 hari tanpa tidur?
  5. Apaakan berlaku jika kamu masukan sebiji batu bewarna merah kedalam air yang bewarna biru?
  6. Apakah perubahan jika kamu masukan sehelai duit RM10 kedalam air yang bewarna kuning kemudian kamu jemur dibawah sinaran matahari?
  7. Apakah yang sama dengan separuh buah epal?
  8. Apa yang kita tidak akan makan untuk sarapan pagi?
  9. Apa alasan utama untuk Penceraian?
  10. Dimanakah perjanjian kemerdekaan negara di tandatangani?
  11. Dalam perang manakah Napoleon mati?

14 January 2014

Selawat Nabi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد , صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Semoga Allah memberkati Muhammad, Sejahteralah ke atas Baginda 


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ , يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Nabi sejahtera ke atasmu, Wahai Rasul sejahtera ke atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ , صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
Wahai kekasih sejahtera ke atasmu, Selawat Allah ke atasmu 


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا , فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
Bulan purnama menyinari kita, Menghilangkan segala cahaya 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا , قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
Indah menawan tak pernah dilihat, Wajah gembira sepanjang hayat 


03 January 2014

Keluhan si fakir...


Inilah dunia, penuh dengan cerita, ada yang meluahkan rasa suka tidak kurang juga dengan kisah derita dan dukanya. Segalanya mempunyai pengisiannya yang tersendiri, bebagai karenah dan keadaan dapat dilihat diatasnya.

Malang sungguh kepada penghuninya yang bergelar manusia, kadang-kadang amat sukar untuk di mengerti perlakuan dan sifatnya, si tua berbalahkan kuasa dan pangkat, si muda pula mengacukan senjata dan sentiasa diisi dengan perasaan amarah yang memuncak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site