25 August 2014

Boneka Merdeka


Dunia semakin maju tapi bagaimana dengan kita, adakah kita bergerak bersama-sama kemajuan dunia atau jiwa kita semakin layu ditengah-tengah kerancakan arus dunia. Layu kerana mengejar duniawi, nama dan kuasa menjadi kegilaan, dengki khianat dan fitnah menjadi makanan sama sendiri.

Apa maksudnya kemajuan, dimanakah keadilan yg dilaungkan jika merdeka hanya pada zahir tapi tidak pada batinnya. Hidup ibarat boneka yg diperagakan sebagai pemuas keinginan dunia.

Mengasing diri tidak menyelesaikan kemelut. Perlakuan sederhana dengan semangat kebenaran dalam menghitung kekalutan dan kepalsuan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...

11 August 2014

Itulah namanya...


Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; kuat kamu berusaha,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; itu berkat bekerja, 
Jika kamu berumah mewah, aku kata; untuk tamu yang melimpah.

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka,
Jika kamu berwang banyak, aku kata; duit orang kamu lanyak,
Jika kamu berkereta lawa, aku kata; kamu mengada-ada,
Jika kamu berumah mewah, aku kata; itu duit rasuah.

04 August 2014

Selamat pagi


Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang & malam awak doakan saya xselamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! xpernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang & penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa & keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama², duduk! Dengar sini baik². Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang p'kataan b'lawan. Bila cikgu sebutkan p'kataannya, kamu semua mesti jawab dgn cepat, lawan bagi p'kataan² itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

other site